momnsofea

Tuesday, October 1, 2013

Tips persediaan ke Universal Studio Singapore

Salam ...

lama I tak menaip.. actually nak terus blog dr hp x boleh sbb ada problem ngan email..so itu yang lambat sikit nak blog.

Tips Persediaan...jeng jeng

1.Tukarkan duit rm ke sg kat Malaysia hi hi sbb rm kitakan murah kalau jual kat sana rate rendah rugi beb lainlah USD ..he he

2.Belilah tiket entrance ke USS kat Malaysia sbb tak payah beratur panjang kat sana nak beli dah beratur panjang nak masuk pun beratur panjang daa...masa I g sana 3 lane jugak panjangnyer ala -ala panjang komuter...

3.sediakan payung yang boleh lipat2tu ,baju hujan yang murah2 tu dan spek hitam glamer you sbb panas sgt, pokok kurang dan baju hujan untuk aktiviti yg banyak berkaitan air ala yang kena tempias air klu x nak bawa beli je baju hujan yg nipis giler yang pakai buang ada dijual didepan game nak tu sg2 he he tukar ke rm 2x 2.5..dlm Rm5.
kalau seorang ok ler kalu 3,4,5 ha ha lu pikir sendiri.

4.Minuman dan makanan sangatlah mahal ok ..klu satu set nasi beriani set tanpa air dlm Sg13 kalu air bergas sg3.5 kalu di darab 2.5...silalah jawab yee.I nih kalu pasal mkn sgt ler susah nak yg betul2 ada sijil halal dan dipercayai baru mkn kalau nak selamat mkn jee kat oasis ala dekat the mummy.

5.Belilah air mineral/air botol kat JB sbb diorang x check beg ler syyyy.

6.Breakfast Siap2 kat hotel ke kat JB sebelum bertolak.Kang kat sana biar perut kenyang dan terus berjalan kan..Jimat Masa.

7.Toilet kat sana x de air paip..oh pocot kau..so kalu yg ada baby tu bawa tissue wipe dan botol kosong kang ada yang nak memerut lak.
Buat yg bw baby sila bw Stroller kalu x nak boleh sewa kat sana.

8.Kat sana disediakan cool water so standby botol isi jee lah kalu nak beli kat sana pun ada botol yang pelbagai jenis dan bentuk ada dijual sekali dgn air harga dr Sg8.90.

9.Surau pun ada so susun jadual lah lebih memudahkan dan jgn lupa amik peta USS di depan entrance masuk. senang nak rancang perjalanan anda.

10.Bagi anda yg berkemampuan bolehlah beli tiket express dekat entrance masuk Sg20 seorang..jadi x yah nak beratur panjang sesetengah game ada yang beratur dekat 30 org..waste time jee klu express terus masuk cam VIP gitu.
Tiket Express= Harga tiket masuk plus tiket express he he..tp memang berbaloi2.

11.Pakai pakaian/kasut yang memudahkan pergerakan anda dan family.Kasut Tinggi..bengkak kaki chek kak oii.

12.Sesetengah Aktiviti akan diukur dahulu ada yang bayi/kanak2dlm umur 4 ,5 tahun x leh masuk demi keselamatan begitu jgk dgn preggy woman.So giler2 jaga anak2.

13.Kalu ada baby atau anak kecil sediakan pampers dan baju salin secukupnya sbb kat dlm x de kedai serbaneka hi hi.

14.duduk hotel kat JB lebih murah.

15.Pastikan passport and up to date iaitu 6 bln sblm tamat.

itu jee kot yang penting2 nak lebih detail. silalah goggle lah yee..sediakan payung sebelum hujan...

ini tips utk percutian bajet jee.

Happy Holidays..

No comments: