momnsofea

Tuesday, July 16, 2013

Ahlan wahsahlan Ya Ramadhan....

Salam Ramadhan...

Ramadhan kini kembali lagi... Alhamdulillah Aku dapat menempuhi ramadhan kali ini ... Syukran jazilan..Ya Allah..

Perbezaan ramadhan kali banyak berbeza berbanding sebelum2nya seiring dengan pengingkatan usia..tiada lagi terlalu  memikirkan pakaian yang tercantik yang perlu dibeli, langsir/hiasan yang tercantik untuk ditempah , hotel yang mana nak berbuka puasa, pasar ramadhan di mana hendak dibeli dan bila nak hendak pergi sale sana sini pada penghujung ramadhan.. Alhamdulillah ..Ya Allah kekalkan dan tetapkan hidayah yang diberi.

Aku lebih memikirkan berapa surah/juzuk yang boleh dihabis , berapa doa yang berjaya di hafal dll.Tidak leka dan terus cuba memperbaiki solatku,auratku dan tingkahlaku yang kurang kepada lebih baik. Alhamdulillah anak sulung ku masih ghairah untuk menunaikan solat terawikh dengan abahnya walaupun hari sekolah moga diteruskan.Pencapaian pelajarannya jugak bertambah baik.Begitu jugak dengan adik-adiknya..Alhamdulillah apa yang didoa sudah menampakkan hasilnya. Semoga kita semua berada di track sebenar dan tidak terlalu ditipu dengan dunia yang sementara.Marilah kita perbaiki diri kepada yang lebih baik jantung yang berdegup ini juga boleh terhenti bila-bila masa sahaja.Wallahualam.

No comments: