momnsofea

Thursday, September 29, 2011

Persediaan kelengkapan utk baby n mommy ke Hospital bersalin

Keperluan semasa peringkat awal pelahiran

• Pelan kelahiran anda.

• Gaun santai -- berguna jika anda teringin berjalan mundar-mandir di koridor hospital semasa permulaan pelahiran.

• Kasut selipar- untuk g toilet.

• Stoking -- 2  helai -percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran.

• Gaun tidur atau kemeja-T/kain batik (3 helai)- lama untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor, jadi jangan beli sesuatu khas untuk dipakai di hospital.

• Minyak urut  - Saya pakain minyak telon warna hijau -losyen jika anda ingin diurut semasa pelahiran anda.

• Balm bibir/lipstik - utk seri wajahagar x pucat sgt.

• Makanan snek dan minuman untuk anda semasa anda dalam peringkat pelahiran, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.

• Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.

• Kamera digital atau kamkoder. Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu -- tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.

• Bahan-bahan yang menenangkan: buku, majalah, permainan dan sebagainya - majalah mingguan wanita/pama/motherbaby.

• Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi (inspirasi yang anda mungkin perlukan untuk bertahan hingga ke akhir).

• Mesin kelegaan kesakitan TENS jika anda bercadang untuk menggunakannya.

• Kelengkapan dandanan diri - sikat,getah rambut,tudung,

• Penyembur air, atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.

• Muzik untuk didengar. -hp kan ada.

Untuk teman pelahiran anda

• Sepasang pakaian untuk ditukar.

• Makanan snek dan minuman -- anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda!

Untuk selepas bersalin

• Pakaian balik rumah. Ianya akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih akan memakai pakaian mengandung apabila anda pulang ke rumah -- maaf ya!

• Bra menyusu -- dua atau tiga helai.  -avon/scarlet Jusco) byk choice.

• Pad bra untuk bila susu badan anda mula mengalir.

• Tuala wanita selepas bersalin -- beberapa bungkus.

• Kelengkapan dandanan diri.

• Tuala, sikat rambut, berus gigi dan ubat gigi.

• Tablet Arnica untuk membantu mengurangkan lebam selepas bersalin. Walaupun tidak terdapat bukti kukuh bahawa ianya betul-betul berkesan, namun ramai wanita melaporkan bahawa mengambil arnica dapat mengurangkan lebam serta menolong mempercepatkan proses pemulihan.

• Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising!

• Telefon bimbit anda – serta pengecasnya! - harus..nnt nak bbm,sms.mms. he he

Untuk bayi anda

• Sebuah kerusi kereta bayi.

• Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua-dalam-satu adalah paling mudah). Pihak hospital menyediakan gaun bayi untuk bayi anda semasa di hospital.

• Selimut bayi (yang tebal jika cuaca sejuk).

• Lampin.

• Sepasang stoking atau buti bayi.

• Topi.

• Kain muslin.

Sebaik sahaja anda telah pengemas beg hospital anda, ingatkanlah diri anda tentang tanda-tanda awal pelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu anda hendak bersalin!

Kalau nak tahu lebih lebih lagi g..www.babycenter.com..

2 comments:

IFA Athirah said...

byk jugak nk kena bawka ni

momnsofea said...

aa...bw utk 2 hari satu mlm je utk yg normal delivery..tp kalau kena stay lama sikit suruh hubby...bw lah ye..dah berapa bulan?