momnsofea

Saturday, January 9, 2010

SELAMAT DATANG 2010


Alhamdulillah kita dah berada di tahun 2010.Sedar x sedar berakhir sudah 2009 dan fenomena 09.09.09-20.09.2009 dan datangnya tarikh yang di tunggu pada tahun ini 10.10.10-20.10.2010.Tarikh menjadi rebutan semua utk majlis perkahwinan, petunangan,kelahiran dll.


Saya x terkecuali - terkena jugak dengan fenomena tarikh ni..anak dara saya di lahirkan pada 05.05.05 jam 5.10 .Dan tahun ni anak dara saya akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 5.Kelahiran yang bukan dirancangan sebab kelahiran secara semulajadi.Alhamdullilah..syukur berbanyak. Ketika saya berada di wad Bersalin Lahad Datu, sabah, Ramai bakal ibu dan bapa ingin memilih tarikh tersebut sisuami sibuk hendak menghantar isterinya bersalin pada tarikh itu..Saya yang relax di katil tiba-tiba je rasa nak bersalin..Alhamdulillah di permudahkan..Lahirlah anak saya pada hari khamis malam jumaat pada tarikh tersebut.


Apa jua keadaan janji semua selamat.Apa yang ditakdirkan akan berlaku jua walaupun kita mengelak..siapalah kita..kun fa ya kun.


Selamat tahun baru semua moga kita jadi bertambah baik /success berbanding sebelumnya.

No comments: