momnsofea

Saturday, September 5, 2009

Shopping for Hari Raya Celebration

Memandangkan sambutan raya semakin dekat, banyak pekara yang perlu direncanakan .Tentunya ......sale,sale, sale. actually saya x minat sangat berada dalam sale.Penat dan meletihkan.
Sana Sini jualan murah, terkenangkan mereka yang tidak berkemampuan untuk berada di sana. Banyak pekara yang perlu di beri perhatian dahulu spt makanan,persekolahan anak-anak dan pelbagai pelbagai perbelanjaan harian. contohnya golongan tertentu membelanjaankan rm50 untuk lunch sahaja tetapi golongan sebaliknya rm 50 untuk seisi keluarga untuk seminggu. bezakan.
Pengalaman saya berada di Sabah hampir 3 tahun, setelah seluruh pelosok sabah saya terokai.Pelbagai pengalaman dapat saya kutip, menjadikan saya lebih menghargai kehidupan saya sekarang dan amat ...amat bersyukur dengan rezeki yang allah limpahkan. Alhamdullilah.sepanjang saya berada di sana air mata saya menjadi murah menitis ...tanpa segan silu..kalah one drop gitu.
Berbalik pasal shopping raya, isnin cuti , cadang-cadang nak tengok dan membeli serba sikit untuk kami sekeluarga, mak, abah, adik, bibik ...malas betul nak pilih2 nih ...tapi salute kat my hubby ,dia memang pakar dalam hal ni.. kalau masa kat sabah dulu , dia yang bereskan shopping baju raya anak-anak nih.
Pernah dulu, pergi ngan hubby pergi beli baju masa sale raya tahun lepas, dia tinggalkan saya seejap untuk pergi sembahyang jumaat alih-alih balik dari sembahyang satu baju je ambil.hah..hah kalau harap saya..wasaalam.

No comments: